Sunday, July 16, 2017

MANFAAT MINYAK ARGAN PADA KULIT WAJAH

Apa itu Argan Oil?






Minyak argan adalah minyak yang berasal dari pohon Argan yang kebanyakkannya tumbuh di Maroko. Minyak argan diperoleh melalui biji argan yang terdapat di dalam buahnya.

Minyak argan digunakan dengan meluas dalam bidang kecantikkan dan kesihatan.

Berikut adalah manfaat yang boleh didapati dengan penggunaan minyak argan terutama dalam bidang kecantikkan kulit.


NUTRISI KULIT

Minyak argan bertindak sebagai antioksidan yang membantu melindungi dan menyingkir bahan radikal bebas pada kulit wajah.Radikal bebas ini antara faktor yang mendorong proses penuaan.


MELINDUNGI KULIT DARI KEROSAKKAN BERTERUSAN

Minyak argan mengandungi Vitamin E yang tinggi untuk kulit.Vitamin E membantu melindungi kulit wajah dari kerosakkan akibat terdedah pada sinaran matahari yang berterusan.


MENGEKALKAN KELEMBAPAN WAJAH

Bagi anda yang mengalami masalah kulit kering di wajah atau sentiasa terdedah pada sinaran matahari, boleh cuba jadikan minyak argan sebagai salah satu rutin harian dalam perawatan kulit wajah.

Kulit wajah perlu dikekalkan kelembapannya agar kekal cantik dan berseri.


MENGAWAL KANDUNGAN MINYAK PADA WAJAH

Minyak argan membantu mengawal dan mengurangkan penghasilan minyak pada kulit wajah.


MEMPERBAIKI STRUKTUR KULIT

Amalkan penggunaan minyak argan secara konsisten di waktu pagi dan malam.Ia dapat memperbaiki kulit wajah yang berparut, bekas parut jerawat, kulit kusam dan tidak bermaya serta memperbaiki tona kulit tidak sekata.


PENGGANTI TONER WAJAH

Adalah lebih elok menggunakan minyak argan pada kulit wajah berbanding toner yang mengandungi alkohol yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit.


MENINGKATKAN ELASTISITI KULIT WAJAH

Bertindak memperbaiki struktur kulit dan ia juga menguatkan elastisiti dan stuktur kolagen pada kulit wajah.Ini membantu melambatkan proses penuaan.


MEMUTIHKAN KULIT WAJAH

Penggunaan secara konsisten dan berterusan membantu memperbaiki tona kulit wajah dan membantu mencerahkan dan memutihkan kulit wajah.






Nurraysa Beauty menyediakan produk yang berasaskan Argan Oil iaitu Argan Whitening Moisturizer.

Sahabat boleh rujuk link ini untuk info lanjut berkenaan produk yea :

http://ainnurraysabeauty.blogspot.my/2017/07/argan-whitening-moisturizer_16.html




No comments:

Post a Comment

ARGAN WHITENING MOISTURIZER

ARGAN WHITENING MOISTURIZER KELEBIHAN ARGAN WHITENING MOISTURIZER melembapkan kulit menghilangkan kulit kering dan pecah-p...